Situasi Masalah Kewangan Di Malaysia

Pada 23hb November 2012 yang baru lepas, satu artikel bertajuk “Credit Card Debt Churning Out Bankrupt Graduates” telah dipaparkan di dalam suratkhabar The Star.

 

Di dalam artikel tersebut, seorang wartawan telah berkongsi tentang masalah kewangan yang dihadapi oleh graduan-graduan yang baru saja menamatkan pengajian universiti dan telah memasuki alam pekerjaan.

 

Berdasarkan statistik, terdapat peningkatan sebanyak 40% golongan pekerja muda yang diisytiharkan bankrap pada setiap 5 tahun. Jumlah ini dijangka akan meningkat menjadi 120,000 pada tahun 2020!

 

Artikel ini menyatakan bahawa graduan muda kini hilang kawalan dari segi pengurusan kewangan mereka dan penggunaan kad kredit yang berlebihan telah menyebabkan mereka dibelenggu hutang menggunung yang tidak mampu mereka jelaskan sehingga akhirnya diisytiharkan sebagai bankrap.

 

Keadaan ini membimbangkan kerana ia akan menjejaskan masa depan graduan dan pekerja muda ini jika mereka menghadapi masalah kewangan semenjak dari awal pekerjaan mereka.

 

Saya amat pasti keadaan ini tidak saja melibatkan golongan pekerja muda sahaja malah setiap kategori umur juga pasti ada menghadapi masalah kewangan yang sama. Cuma ianya tidak diwar-warkan saja seperti golongan muda ini.

 

Semua orang sering dibelenggu pelbagai masalah kewangan tanpa mengira umur dari yang muda sehingga yang tua. Ada saja masalah kewangan yang mahukan perhatian kita. Ada yang perlukan wang untuk membayar pinjaman pelajaran, ada yang memerlukan wang untuk pengajian anak-anak, ada yang memerlukan wang untuk mengubati sakit ahli keluarga, ada yang memerlukan wang untuk memperbaiki rumah dan 1001 keinginan kewangan yang lain.

 

Inflasi yang semakin meningkat menyebabkan harga barangan terus naik dan ini seterusnya menjejaskan kuasa beli kita. Jumlah wang gaji kita pada masa sekarang tidak lagi boleh membeli sejumlah barangan yang sama seperti 5 tahun lalu. Oleh itu, kita akan sentiasa menghadapi masalah kewangan sekiranya gaji kita kekal sama pada tahun-tahun yang mendatang.

 

Bagaimana Mengatasi Masalah Kewangan?

Terdapat 2 perkara yang boleh kita lakukan untuk menghadapi masalah kewangan di dalam kehidupan kita. Pertama adalah dengan belajar menguruskan kewangan kita dengan lebih baik dan yang kedua adalah mencari sumber pendapatan tambahan untuk diri kita.

 

Melalui cara pertama iaitu belajar cara menguruskan kewangan, secara ringkasnya kita perlu mematuhi peraturan jumlah duit yang kita terima pada setiap bulan perlu sama dengan jumlah duit yang keluar pada setiap bulan. Jika kita boleh melakukan ini, maka kita telah mengimbangkan kewangan kita dan tidak lagi perlu berhutang. Jika kita ingin memiliki simpanan tambahan pada setiap bulan, wang yang keluar perlukan kurang daripada wang yang masuk. Perbezaan tersebut adalah wang simpanan kita.

 

Persoalannya di sini, dengan kadar inflasi yang semakin meningkat dan kos kehidupan yang semakin tinggi lebih-lebih lagi di kawasan bandar, berapa lama boleh kita teruskan dengan strategi ini? Lama kelamaan, jumlah wang yang boleh kita simpan akan semakin berkurangan kerana jumlah wang yang keluar semakin bertambah. Lambat laun kita akan tetap menghadapi masalah kewangan.

 

Melalui cara kedua, kita boleh berusaha mencari pendapatan tambahan tetapi cara ini saja tidak memadai.

 

Cara terbaik adalah melalui gabungan kedua-dua cara tadi iaitu cara pertama dan cara kedua. Pertama sekali kita perlu belajar menguruskan kewangan dengan lebih baik dan setelah berjaya, mencari cara untuk menjana pendapatan tambahan untuk diri kita.

 

Terdapat pelbagai cara untuk menjana pendapatan tambahan seperti mengikuti MLM, menjadi agen insuran atau unit trust, menjual emas, melabur dalam hartanah dan juga menjalankan bisnes internet.

 

Jika dibandingkan kesemua strategi penjanaan pendapatan tambahan untuk seseorang yang masih lagi berkerja sepenuh masa, pilihan menjalankan bisnes internet merupakan pilihan yang terbaik. Anda boleh mula menjana wang dari rumah dengan memerlukan modal yang rendah berbanding bisnes konvensional.

 

Namun demikian, terdapat 1001 cara untuk menjana wang melalui internet. Oleh itu, cara mana yang paling baik dan paling sesuai untuk seseorang pekerja sepenuh masa yang mempunyai kekangan masa, pengetahuan dan pengalaman untuk melakukan bisnes internet? Jika tersilap pilihan, anda mungkin akan mengambil masa yang lama untuk menjana wang atau langsung tidak boleh menjana sebarang wang langsung!

 

Oleh itu, daripada terpaksa meraba-raba di dalam gelap, adalah lebih baik jika kita berusaha untuk mendapatkan bahan rujukan dan mentor yang terbaik untuk membantu kita menjana wang melalui internet sebagai seorang yang masih lagi berkerja sepenuh masa.

 

Terdapat satu bahan rujukan yang saya pasti boleh membantu anda iaitu “Pakej Jana RM1,000 Sebulan Dari Rumah Melalui Internet” yang telah dihasilkan oleh salah seorang Pakar Bisnes Internet di Malaysia iaitu saudara Gobala Krishnan. Beliau merupakan satu-satunya Pakar Bisnes Internet yang masih berkerja sepenuh masa tetapi sudah mampu menjana pendapatan tambahan 4 – 5 angka sebulan hanya melalui internet!

 

Apa yang lebih hebat, strategi yang beliau kongsikan merupakan strategi yang terjamin boleh menjana wang pantas untuk anda dan tidak memerlukan sistem yang sukar dan masa yang lama untuk mempelajarinya.

 

Saya amat yakin yang anda akan berpuashati dengan “Pakej Jana RM1,000 Sebulan Dari Rumah Melalui Internet” .

 

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk hebat ini di sini:

Atasi Masalah Kewangan Anda Sekarang!!!

Klik SINI untuk melihat Potensi “Pakej Jana RM1,000 Sebulan Dari Rumah Melalui Internet”

 

Incoming search terms:

About Tarmizi Sukarno

Im a part time internet marketer, Online Seller, Offline Seller, and Creative Advertiser Implementer. Feel free to contact me at +6011-38800002 for free consultations to improve your business.