Peperiksaan Perkhidmatan Pegawai Psikologi

 

Peperiksaan Perkhidmatan Pegawai Psikologi Gred S41 adalah berkaitan dengan peraturan-peraturan asas yang relevan dengan kerja-kerja harian dalam pengurusan dan pentadbiran yang perlu diketahui oleh semua pegawai yang berkenaan. Peperiksaan ini terbahagi kepada 2 (dua) bahagian iaitu:

 

KLIK untuk Download

KLIK Gambar eBook Di Atas untuk Download Percuma

Peperiksaan Perkhidmatan Pegawai Psikologi S41 Bahagian I (5105A)

Ia melibatkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam, Perintah Am, Arahan Perbendaharaan, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, Arahan Keselamatan, Perlembagaan dan Undang-undang Am. Bahagian ini mengandungi 15 soalan esei (subjektif) daripada 3 seksyen seperti berikut:

  • Seksyen I: 5 soalan (Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, Perintah Am, Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Pengurusan Stor).
  • Seksyen II: 5 soalan (Panduan Pengurusan Pejabat, Arahan Keselamatan dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam).
  • Seksyen III: 5 soalan (Perlembagaan dan Undang-Undang Am)

Calon Peperiksaan Perkhidmatan Pegawai Psikologi S41 perlu menjawab 10 soalan iaitu 3 soalan daripada setiap seksyen dan yang perlu 1 soalan daripada mana-mana seksyen. Calon dibenarkan merujuk kepada bahan rujukan yang berkaitan semasa peperiksaan (open book).

Masa diperuntukkan adalah selama 3jam.

Peperiksaan Perkhidmatan Pegawai Psikologi S41 Bahagian II (5105B)

Bahagian ini pula lebih menjurus kepada soalan yang berkaintan Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi. Bahagian ini mengandungi 14 soalan esei (subjektif) daripada 4 seksyen seperti berikut:

  • Seksyen I: 4 soalan (Kaunseling – Pengetahuan Tentang Teori dan Proses Kaunseling, Kemahiran Kaunseling, Jenis/Bentuk Kaunseling dan Konsultasi)
  • Seksyen II: 4 soalan (Psikologi – Ujian Psikologi dan Pembangunan Modal Insan)
  • Seksyen III: 4 soalan (Undang-Undang, Kod Etika dan Peraturan-Peraturan Jabatan)
  • Seksyen IV: 2 soalan (Bengkel Interaktif Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611])

Calon Peperiksaan Perkhidmatan Pegawai Psikologi S41 perlu menjawab 10 soalan iaitu 3 soalan daripada setiap seksyen I, II yang perlu dan III dan 1 soalan daripada seksyen IV. Calon dibenarkan merujuk kepada bahan rujukan yang berkaitan semasa peperiksaan (open book jugak!).

Bagaimana dengan persediaan untuk peperiksaan Pegawai Psikologi anda?
Harap semuanya berada dalam keadaan teratur!

Ada yang ambil mudah kerana ianya adalah peperiksaan Online. Tetapi percayalah, mengikut pengalaman Tim Infokerjaya – ianya tidak memberikan anda ‘advantage’ besar.

Ini tanggapan kebanyakan calon;

Open book maa! Waktu exam pun boleh studi. Google ja

==> Anda akan menyesal bila buat begini!!! (KLIK SINI JIKA NAK TAHU KENAPA)

Anda akan berada dalam keadaan yang ‘sangat kalut’ keran:-

1 – Soalan banyak
2 – Talian internet yang tak menentu

Jadi, saya amat mencadangkan untuk anda hanya buka browser peperiksaan sahaja. Jangan buka multiple browser. Lihat apa berlaku pada calon exam online W41 dan M41 yang lalu. Sistem ‘hang + jammed’

Apa yang menyedihkan, ianya tidak berlaku kepada semua calon. Hanya sebahagian sahaja dan majoriti mereka adalah
yang buka ‘multiple browser’ dengan tujuan nak cari maklumat masa jawab exam!

Erkkkk!

Jangan jadi macam ini. Buat persediaan seawal mungkin.

Rujukan ini akan membantu persediaan anda;

Peperiksaan Pegawai Psikologi

Jangan ambil mudah dan jangan biarkan kesilapan ini membunuh potensi lulus anda

About Tarmizi Sukarno

Im a part time internet marketer, Online Seller, Offline Seller, and Creative Advertiser Implementer. Feel free to contact me at +6011-38800002 for free consultations to improve your business.