Video Watermark Step By Step

Salam Sejahtera.

Kali ini saya ingin berkongsi langkah demi langkah bagaimana anda boleh meletakkan tanda/signature pada video anda secara percuma!

Software yang akan digunakan adalah Window Movie Maker. Untuk Windows 7, jika dalam komputer anda masih belum ada software tersebut, anda boleh dowloadnya di sini:-

http://windows.microsoft.com/is-IS/windows-live/movie-maker-get-started

Untuk Windows XP, Software Window Movie Maker biasanya telah sedia ada di install dalam PC anda.

OK, setelah anda install software tersebut, sila ikut langkah-langkah dibawah.

 

  1. Klik dalam kotak belah kanan & pilih Video AndaVideo Watermark Step By Step
  2. Sila Klik Pada Caption
  3. Taip Teks Watermark Anda
  4. Anda boleh edit Warna, Type & Saiz Font; Saiz & Warna Outline; Animasi Watermark serta Lokasi Watermark Anda. Semua ini anda boleh cuba sendiri.. Amat mudah sama seperti menggunakan MS Word sahaja.
  5. Akhir sekali bila anda telah berpuas hati dengan Watermark anda, anda boleh save mengikut kualiti yang tertera.



Recommended Reading